KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dijangka akan dibentangkan tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata usaha ke arah penggubalan RUU itu sedang giat dijalankan dan beliau menegaskan pihaknya langsung tidak mempunyai niat untuk memberhentikannya seperti yang dimomokkan sesetengah pihak.
"Kalau kerajaan sebelum ini berusaha (menggubal akta ini), kita pun berusaha... kita akan teruskan akta kawalan agama bukan Islam kepada orang Islam, bagi menjamin akidah orang Islam dengan adanya kawalan berkenaan. Ketika ini prosesnya masih di peringkat kajian Jabatan Peguam Negara.
"Apabila ia sudah diluluskan (Jabatan Peguam Negara) saya sebagai menteri yang bertanggungjawab akan bawa RUU ini untuk mendapat persetujuan kabinet," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Zakat 2023 di sini hari ini..
Sebelum ini Ahli Parlimen Jasin Zulkifli Ismail ketika mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen meminta kerajaan supaya menyegerakan pembentangan RUU Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) yang pernah dicadangkan PAS sebelum ini.
Zulkifli berkata undang-undang syariah peringkat Persekutuan diperlukan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diberi kuasa menyiasat aduan berhubung dakwaan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.
Sementara itu Mohd Na'im berkata pihaknya tidak menerima sebarang tekanan oleh mana-mana pihak dalam memartabatkan lagi syiar Islam di negara ini.
Beliau berkata semua pihak dalam kerajaan MADANI menghormati dan mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan seperti yang tertakluk dalam perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023
Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata usaha ke arah penggubalan RUU itu sedang giat dijalankan. - Gambar fail
Arab Saudi nasihat umat Islam tidak terpedaya iklan palsu haji di media sosial
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi pada Isnin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.
Pengurus bangunan menyamar Ketua Polis Johor didenda RM1,000
Seorang pengurus bangunan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah menyamar sebagai Ketua Polis Johor.
Mendiang Mutang selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial
Jasad mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Mutang Tagal selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial, 33 km dari sini hari ini.
Lagi insiden pokok tumbang di Kuala Lumpur, kali ini berdekatan Jalan Pinang
Difahamkan, beberapa buah kenderaan turut dihempap pokok dalam kejadian tersebut.
AWANI Ringkas: Gunung berapi Ibu meletus, muntahkan abu setinggi 5km
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Biden ulangi kebimbangan mengenai serangan Israel di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengulangi kebimbangan mengenai kesan buruk yang akan berlaku susulan serangan Israel keatas Rafah.
Gunung berapi Ibu meletus di Indonesia
Gunung berapi Ibu di pulau terpencil Halhamera di Indonesia meletus sekita jam 9.12 pagi waktu tempatan.
JDT terus kuasai Asia Tenggara, ke-14 terbaik Asia
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
Prosedur tampal kulit Faisal Halim tunjuk reaksi positif
Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid baru-baru ini menunjukkan reaksi positif.
Gunung berapi Ibu meletus, terbangkan abu sehingga 5 kilometer
Gunung berapi Ibu diklasifikasikan sebagai tahap bahaya ketiga, di bawah tahap tertinggi IV.
Rang Undang-undang sekat sebar agama lain kepada orang Islam sedang diusahakan
Rang Undang-undang (RUU) Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dijangka akan dibentangkan tahun depan.